Monday, December 26, 2011

kejujuran di hati




sejujurnya aku akui memang sukar merubah diri,
tak semestinya tabiat baik untuk diamalkan,
tak semestinya yang bukan tabiat tak baik untuk diamalkan,
kadang-kadang hati kata kanan tapi kita ke kiri,

kalau ikut hati mati,
kalau ikut rasa binasa,
kalau ikut musuh pasti terkorban,
kalau ikut teman terjalin persahabatan,

bila kita dihadapan jangan pandang belakang,
kalau kita dibelakang pastikan pandang hadapan,
tapi kita perlu pandang belakang untuk jadikan pedoman,
pandang kehadapan untuk kemajuan.

kadang enak makan apa yang kita suka,
kadang tak enak ditolak ketepi,
kadang yang enak membawa bahaya,
kadang yang tak enak mampu mengubati.

tepuk dada tanya hati,
tanya hati akal menafsir,
andai mampu kuluahkan hati,
entah bila jawapan diukir.

Saturday, December 17, 2011

PeRtAnDinGaN TaRiaN MoDeN.






walaupun aku menang tempat ke-2 dalam pertandingan ini, tapi aku berasa sedih disebaliknya. mana taknya, sebenarnya aku diajak oleh J untuk menari dengan group dia. tapi aku hanya ada masa selama 5 ari untuk "tangkap" step yang perlu. 3 ari sebelum pertandingan, aku dapat call dari J. dia kata group dia tak dapat join sebab tak sempat nak berlatih. aku pown 2 hari sebelum pertandingan ada latihan PALAPES. bila aku tanya pasal solo, dia kata dia demam. so tak dapat nak join gak. jadi, sebab aku percaya aku trus apply diri aku sendiri sebagai peserta solo. aku call karen nak mintak no tel ajk, tapi karen tanya, kenapa aku quit dari group J ni? bila masa pulak aku quit. sampaikan ahli group tu ckp "sampai ati aku quit nak dekat dengan pertandingan". dalam hati, aku hanya mampu bersabar. pada malam pertandingan, si J nie tel aku. tanya betol ke aku join dance tue. aku ckap betol. sakit ati aku bila menyaksikan tarian yang dia ajar kat aku, dia buat persembahan ada malam tue. selepas keputusan diumumkan, aku mendapat tempat kedua berupa piala, sijil dan wang 100. manakala group J no 1 berupa wang 200, trofi 1 dan sijil. J mula serius selepas itu. aku pulang dengan hati yang puas. biarpun tempat kedua, aku menang sebab bersabar dengan sikap tamak orang yang sanggup tipu kawan untuk tak nak kalah dalam pertandingan. lepas nie, aku takkan join lagi group nie..